Make your own free website on Tripod.com

KURIKULUM

Mendidik pelajar memperolehi kecekapan, menguasai nilai baik buruk sebagai asas ketahanan diri, kemampuan kognitif, bersatun dalam bahasa, akademik dan pendidikan Islam serta menguasai pembacaan dan penghafalan Al-Qur’an. Dengan mengambilkira model sukatan Kementerian Pendidikan dan Bahagaian Pendidikan JAIS.

MATA PELAJARAN

1. Al-Qur’an & Hafazan                 8. Sains
2. Bahasa Arab                            9. Kajian Tempatan
3. Fardu Ain & Pendidikan Akhlak 10. Kemahiran Hidup
4. Ibadat & Tauhid                      11. Pendidikan Seni
5. Bahasa Melayu (1 & 2)            12. Asas Teknologi Maklumat
6. Bahasa Inggeris (1&2)            13. Pendidikan Jasmani
7. Matematik (1&2)

KO-KURIKULUM

1. Latihan Kekeluargaan
2. Riadah Dan Rekreasi
3. Tarbiyyah Islamiyyah Amaliah
4. Tasawwur Islam
5. Seni Pertahanan Diri
6. Unit Beruniform.

PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

Lembaga peperiksaan akan bertanggungjawab menilai prestasi pendidikan SIF, Meru. Setiap pelajar akan dinilai keupayaannya dalam menguasai Al-Qur’an, Fardu Ain, Nilai kehidupan & Kecemerlangan Akademik. Mereka akan menyertai peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (UPSR) dan Jabatan Agama Islam Selangor (SPRA).

TEMPOH PENGAJIAN

Bermula tidak kurang dari usia 5 tahun hingga dua belas tahun.

WAKTU PEMBELAJARAN

1. Tahap 1 - Bermula jam 7.45 pagi hingga 1.30 petang.
2. Tahap 2 - Bermula jam 7.45 pagi hingga 2.30 petang.

KEANGGOTAAN KELAS

Bilangan pelajar di dalam setiap bilik darjah dioptimakan seramai 20-25 orang. Jumlah ini dianggap paling efektif bagi mencapai kecemerlangan akademik dan penghayatan Islam.

MAKMAL KOMPUTER

Sebuah makmal multimedia akan disediakan untuk pelajar menguasai ilmu melalui teknologi maklumat. Makmal ini juga akan digunakan untuk melatih pelajar menguasai bahasa.

PAKAIAN SERAGAM

Warna pakaian seragam ialah Seluar Hijau Lumut dan Baju Hijau Pucuk Pisang. Fesyen pakaian akan ditentukan oleh pengurusan SIF, Meru.

PROFESIONALISME GURU

Guru-guru SIF, Meru mendapat latihan khusus daripada Unit Latihan Perguruan SIF, Meru dan mempunyai komitmen tinggi bagi tahap kecemerlangan di dalam semua bidang sebagaimana yang diharapkan oleh ibu bapa.

AKTIVITI-AKTIVITI PELAJAR

Pelajar akan memulakan kelas pengajian pada pukul 7.45 pagi hingga 1.30/2.30 petang. Waktu pembelajaran akan dibahagi kepada 10/12 jangka waktu dan setiap waktu adalah selama 35 minit. Dalam tempoh tersebut pelajar akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dapat memupuk semangat ukhuwwah Islamiah dan adab-adab pergaulan di dalam Islam.